Salam sahabat semua.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana setelah melalui berbagai rintangan dari mula membuat pemilihan material untuk pakaian muslimah, pemilihan warna, pemilihan kain dan pembelian, pemilihan design, label, pemilihan kilang menjahit, pembayaran dan seterusnya penghantaran - akhirnya pakaian Muslimah keluaran sulung Al Rayyan Muslimah kini telah mendarat di Brunei Darussalam.
Sebanyak 250 pasang pakaian Muslimah dengan warna-warna menarik telah selamat sampai ke Brunei melalui Limbang, Sarawak. Amat mengejutkan! Bayaran pos sahaja mencecah RM2,000. Apapun kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mempermudahkan urusan kami dan merealisasikan impian kami untuk mengeluarkan pakaian Muslimah berjenama sendiri. Syukur ya Allah.
Bagi sahabat yang berhasrat untuk membeli pakaian Muslimah keluaran sulung Al Rayyan Muslimah, sahabat semua boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah.
Untuk Info lanjut dan pembelian sila hubungi:
Yan (Founder, Al Rayyan Muslimah)
www.wasap.my/60196395137/AlRayyanMuslimah/
.jpeg)
.jpeg)





